Tempoh pentadbiran KP lama akan berakhir beberapa hari lagi selepas memegang tampuk pentadbiran selama 3 tahun. Jika tidak ada aral melintang seorang pegawai kanan wanita akan mengisi tempat yang ditinggalkan oleh bekas KP nanti.
Saya tidak mahu terbabit dalam polemik sama ada KP yang bakal bersara ini berjaya atau gagal selama memegang tampuk pentadbiran yang diamanahkan oleh YDA dan Kerajaan serta rakyat keseluruhannya. Saya hanyalah manusia kecil yang hanya berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun berbanding dengan beliau yang telah bersama-sama dengan jabatan ini pada ketika saya berada di bangku sekolah rendah lagi . Adalah lebih molek rasanya saya mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau yang selama ini tidak mengenal penat lelah untuk membawa jabatan ke arah kecemerlangan sesuai dengan hasrat kerajaan 'to transform' perkhidmatan awam menjadi lebih pantas dan cekap dalam suasana hari ini di mana rakyat sentiasa menuntut kecekapan,ketelusan dan kepantasan dalam sebarang tindakan. Istilah delivery system, speed,passion, just do it, teliti, jangka dan pasti sentiasa menjadi mantra beliau. Pada saya, beliau telah berjaya menjadikan jabatan dikenali ramai dan menempa beberapa kejayaan dari segi perancangan,program dan aktiviti dengan mendapat rating yang tinggi di kalangan stakeholder. Saya mendoakan beliau sentiasa sihat dan sejahtera dalam menempuh alam persaraan.
Kepada yang bakal mengambil alih, semua warga berharap kecemerlangan jabatan akan berterusan. Pentadbiran dan tindakan berasaskan kematangan pengurusan manusia dan keadilan hendaklah sentiasa menjadi pegangan. Dalam hal ini 'wisdom' boleh membantu mengwujudkan suasana kerja yang harmoni dan condusive. Sekiranya emosi dan sifat terburu-buru tidak dikawal sudah pasti akan membawa kepada suasana tegang dan konfrantasi yang akhirnya akan merugikan jabatan. Semua warga hendaklah mendapat layanan sama rata dan sikap label malabel perlu dielakkan.Meskipun mengurus sesebuah organisasi bukannya mudah tetapi dengan kerjasama, sokongan dan dokongan warga yang seronok dan selesa dan dihargai segala yang susah itu menjadi mudah. Lebih mudah lagi apabila semua yang dilakukan mendapat keredahaanNya.