Sahabat saya merupakan seorang blogger yang bersemangat dan agak agresif tetapi terkawal. Tulisannya panjang-panjang dan mencakupi pelbagai topik dari politik,agama,budaya,sejarah,kritikan sosial dan sebagai pengamal poligami yang agak berjaya beliau sering tidak lupa menulis hal-hal berkaitan dengan perkahwinan, satu topik yang paling beliau gemari. Malah, kalau diberi ruang dan peluang saya tidak hairan beliau akhirnya akan melengkapkan sunah ini.
Banyak rakan sepejabat yang kadang-kadang keliru dengan personaliti sahabat saya ini. Ada yang meluat dan kadangkala menyampah terutamanya kaum ibu kerana sifat dan stylenya yang suka bercakap pelbagai topik dengan gayanya yang agak 'provocative' dan selalunya sukar di'digest' oleh mereka yang mendengarnya. Sahabat saya ini mempunyai latar belakang 'pencarian' yang agak panjang. Beliau kini berusia separuh abad. Dari penyokong UMNO yang tegar beliau beralih kepada pendekatan agama lalu berkelanalah beliau daripada Arqam, ABIM, Tarekat,PAS dan kini saya melihat beliau cuba menggabungkan elemen-elemen terbaik dalam pelbagai wadah tersebut untuk disesuaikan dengan imej dan tarbiah beliau yang tidak melupakan semangat Melayu yang agak kuat. Bab Melayu ini kami selalu berbeza pendapat kerana di negeri saya tidak ada kaum yang perlu diangkat sebagai 'supreme'. Semuanya sama selagi taat dan mencintai negeri yang didiami dan dalam masa yang sama meraikan kepelbagaian yang wujud serta saling hormat menghormati. Beliau juga sering membawa cerita-cerita 'kerabat' yang sealalunya saya hanya menjadi pendengar bosan dan mengantuk kerana dalam pengalaman sejarah moden hampir mustahil untuk mengembalikan sesuatu yang telah terlepas dalam tangan yang empunya hatta yang ada rekod dan dokumenpun gagal apatah lagi yang bersifat ilusi dan lagenda. Kaum Irranun dulu 'very powerfull' tetapi kini 'marginal' dan mustahil untuk mengembalikan 'past glory'.Begitu juga tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah yang pada hemat saya tidak akan berjaya 'in our life time'. Perjanjian 1909 kalau boleh dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah maka Kelantan akan menjadi negeri yang sama besar deengan Sabah dan Sarawak.
Sahabat saya ini merupakan 'ardent reader' yang mengkagumkan. Pengetahuan beliau cukup banyak. Selain seorang yang kritikal beliau juga seorang yang agak pintar berhujah. Beliau mempunyai kenalan dari kalangan yang mencintai ilmu agama, sejarah dan budaya yang ramai. Saya telah kenal beliau lebih 20 tahun dan pernah pula bertugas bersama-sama dalam satu bahagian satu ketika dulu. Saya menghormati beliau kerana kehidupan agama yang beliau amalkan Beliau berjaya membina keluarga bahagia dan anak-anak yang berjaya. Pada saya, hanya mereka yang tidak suka berbicara secara 'intelektual' dek keterbatasan pengetahuan disebabkan tidak pernah membaca selain Mastika, Utusan,URTV,Mangga dan cerita-cerita perbomohan yang melabelkan beliau dengan pelbagai gelaran seperti cakap tak serupa bikin, merapu dan sebagainya. Pada saya manusia seperti beliau hendaklah diletak ditempat yang betul. Memberi taklimat kepada tetamu dan orang ramai adalah kelebihan beliau.Begitu juga 'research' dan penulisan. Hanya baru-baru ini sahaja pihak-pihak tertentu menyedari kebolehan dan kelebihan susuk ini selepas isu tulisan dalam blog beliau yang agak menggemparkan pihak-pihak tertentu. Sebenarnya pada saya tidak ada benda yang menggemparkanpun kerana apa yang ditulis adalah perkara benar tetapi biasalah bagi orang-orang yang selama ini selesa dan seronok berada dalam kepompong perkauman, feudal dan egoistik sering bertindak balas dengan cara yang tidak intelektual. Ini ternasuklah kawan-kawan yang selama ini sering berlagak pandai dan mengaku 'dia' lah intelektual dan pakar walhal tidak ada satupun buku atau penulisan yang dihasilkan yang boleh dimanaafatkan oleh orang ramai.
Saya memang suka berbual dan bertukar-tukar pendapat dengan sahabat ini... kalau ada kesempatan berjumpa beliau dalam beberapa hari ini saya akan membawa beberapa isu yang ditimbulkan oleh Isabella Bird lewat bukunya 'The Golden Chersonese' yang merupakan himpunan pengalaman kembara beliau di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 19. Isu 'debt slavery' di Perak adalah tajuk yang menarik.Saya percaya sahabat saya ini belum membaca buku ini. Saya tidak pula berhajat untuk meminjamkan buku kesayangan saya ini nanti bukan kerana kedekut tetapi kerana banyak buku saya dahulu hilang begitu saja apabila diberi pinjam kepada teman-teman lain. Biasalah penyakit alpa dan lupa akan datang ketika usia menjangkau matang(tua).
p.s Buku 'The Story of Raja Bahrin' yang saya beli di Kuching sampai sekarang tidak dikembalikan...