Kewujudan institusi Arkib bermula apabila ada kesedaran untuk memelihara bahan-bahan sejarah daripada musnah daripada akibat peperangan atau malapetaka alam. Bahan-bahan sejarah ini terdiri daripada pelbagai rekod pelbagai bentuk terutama manuskrip awal, catatan-catatan minit perjalanan pentadbiran sesebuah kerajaan dan juga pelbagai 'proceeding'. Rekod-rekod ini merupakan bahan rujukan mengenai kewujudan sesebuah kerajaan dan sekaligus menjadi bahan rujukan untuk 'survival of the goverment'. Kewujudan institusi arkib di Amerika Syarikat dimulakan hasil usaha pelbagai badan-badan atau persatuan sejarah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi terhadap pengumpulan,penyimpanan dan pemeliharaan bahan sejarah sebagai bukti kepada kewujudan tamadun bangsa.
Hakikat bahawa pada masa dahulu institusi arkib dianggotai oleh mereka yang terlatih dalam disiplin sejarah memang tidak dapat dinafikan.Walaubagaimanapun dari segi pentadbiran institusi arkib ramai juga tokoh-tokoh yang bukannya ahli sejarah yang telah memainkan peranan penting. Mereka ini terdiri daripada para pentadbir yang mempunyai kesedaran dan kecintaan yang amat tinggi terhadap kepentingan rekod dan arkib sebagai sumber sejarah negara. Kerja-kerja mengesan bahan, memperolehi bahan dan menjelaskan kepentingannya menjadi lebih mudah dan tepat apabila sesorang ahli arkib itu mempunyai pengetahuan sejarah. Disiplin ini melatih mereka membuat penyelidikan yang lebih tepat kerana kemampuan 'visualize' sesuatu peristiwa dengan peristiwa lain yang berlaku dalam pengalaman sejarah sesebuah negara. Mereka juga mampu mengaitkan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Contohnya kajian mengenai Batu Putih tidak akan lengkap sekiranya seseorang pengkaji itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian Inggeris Belanda 1824, Kesultanan Johor dan Riau dan juga kewujudan Singapura.
Dalam bidang penyelidikan di arkib terutamanya yang membabitkan khidmat nasihat kepada para penyelidik samaada tempatan mahupun penyelidik luar negara, seseorang ahli arkib itu bukan sahaja harus menguasai pengetahuan mendalam mengenai 'holdings' tetapi juga mesti mempunyai ilmu mengenai sejarah negara. Dengan adanya penguasaan dalam disiplin ini maka mereka mampu memberi khidmat nasihat yang lebih tepat mengenai bahan-bahan yang perlu dirujuk.
Dalam hal ini kepentingan dan sumbangan disiplin lain tidaklah dinafikan terutama dalam zaman IT yang memerlukan sesuatu maklumat itu diurus dengan penggunaaan disiplin terkini agar ianya mudah di 'akses' dan diurus dengan lebih teratur.Namun dari segi kerja-kerja pengesanan,pengumpulan dan perolehan sesuatu bahan tetap memerlukan ilmu dan disiplin sejarah.
No comments:
Post a Comment