Kali ini saya teringat untuk mencatatkan beberapa pandangan peribadi yang mungkin agak kontraversi kepada sesetengah orang tetapi saya fikir tidaklah sampai kepada tahap 'sedition'. Saya hanya warga biasa yang mencintai keamanan dalam negara tetapi saya juga punyai hak untuk mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.
Perkara-perkara yang saya selalu terfikir ialah:-
1. Budaya feudal terlalu kuat dan meresap dalam masyarakat. Budaya mempersoal dan tidak bersetuju dengan boss dianggap sebagai sifat kurang ajar dan tidak menghormati orang yang lebih tua. Oleh itu kita hendaklah diam dan 'just do it'. Pada saya budaya ini adalah budaya 'robot' yang akan melahirkan masyarakat bodek,hipokrit, hanya berani bercakap di belakang-belakang, mengumpat dan sebagainya. Alhamdulillah budaya ini jarang berlaku dalam masyarakat di tempat saya.Ini di tempat lain.
2. Budaya terlalu cerewet.Semasa saya di Sarawak beberapa tahun dahulu ramai teman-teman daripada negeri lain yang terlalu banyak bersungut tentang beberapa perkara seperti makanan yang kononya tidak sedaplah, orang Sarawak terlalu banyak menggunakan ajinomotolah, orang Sarawak tidak menyukai orang Malayalah dan macam-macam lagi. Sewaktu saya di luar negara dulu iaitu di negara antah berantah, kawan-kawan juga bersungut kerana kononnya orang di sana kotorlah, kurang pandailah,tiada kemudahan seperti di negara sendiri dan macam-macam lagi .Jarang sekali mereka berbincang mengenai kelebihan yangdimiliki oleh negara tersebut.
3. Pada masa kini saya dapati dalam masyarkat kita terlalu banyak yang mendapat anugerah dan gelaran seperti Dato', Datuk,Datuk Seri,Datuk Paduka,Tan Sri dan sebagainya.Fenomena ini telah menghasil satu kelas dalam masyarakat yang harus mendapat layanan VIP/VVIP dengan menu makanan yang istimewa dan tidak sama dengan orang lain.Tempat duduk tidak lagi bercampur dengan orang marahen. Pada saya fenomena ini bukan sahaja mengwujudkan jurang dalam masyarakat tetapi juga kadang-kadang akan melahirkan kumpulan yang agak bongkak dengan gelaran dan kekayaan. Kalau ini dikata akan mengwujudkan satu bentuk penghormatan dan perasaan gerun kepada seseorang pada saya tidak betul kerana penghormatan kepada seseorang akan lahir secara semula jadi berdasarkan sifat dan keperibadian seseorang itu. Saya berpengalaman menjadi Jawatan Kuasa Kecil Sambutan Hari Raya Malaysia di Sarawak yang pada saya program ini mempunyai tujuan luhur dan murni tepai bayangkanlah kalau orang biasa dihidang dengan makan yang 'ditapau' dan terpaksa berebut-rebut pula dan makan sambil berdiri dan sudah pasti tidak wujud apa yang dikatakan keselesaan manakala 'the so called VIP/VVIP makan dengan menu yang 'special' di khemah dan cukup selesa dengan kerusi dan meja yang beralas cantik maka tidak hairanlah apabila keesokan harinya saya terdengar seorang wanita biasa yang berkata 'alah menteri saja makan sedap'.
4. Budaya terlalu menjaga tepi kain orang dan 'busy body'.Di taman perumahan saya, fenomena ini sering terjadi.Memang eloklah kalau budaya kampung seperti gotong royong dibawa dan diamalkan di bandar tetapi yang tidak saya bersetuju adalah menuduh dan melabel orang yang jarang turun dan bercampur sebagai anti sosial sedangkan orang itu mempunyai keperibadian tersendiri. Jiran saya seorang jurutera software mempunyai sikap yang pendiam dan jarang berbual tetapi sebenarnya beliau baik dan yang paling penting tidak pernah mengganggu orang lain. Apa yang berlaku ialah kawan-kawan selalu bercakap di belakang-belakang tentang si mamat ini walhal si mamat ini tidakpun pernah menganggu mereka. Pada saya setiap seorang daripada kita mempunyai hak untuk mengekalkan perwatakan sendiri kerana kita membeli rumah dengan wang kita sendiri. Bayaran bulanan masing-masing buat.Jadi sepatutnya orang lain tidak terlalu memaksa seorang itu atas nama untuk 'memasyarakatkan' untuk keluar berbual-bual dan masak memasak. Kebebasan adalah hak peribadi.Tidak perlu ada 'moniteering' dan paksaan.
No comments:
Post a Comment