Kami sekeluarga sudah berada di perantauan hampir suku abad . Walaupun sudah memiliki rumah di Bandar Baru Bangi dan dua daripada anak lahir di Kuala Lumpur namun saya masih menganggap diri ini berada di perantauan. Saya berkata demikian mungkin kerana ketiadaan adik beradik dan sanak saudara yang berdekatan. Mungkin ini juga bertolak daripada perasaan tidak puas menikmati keindahanan alam negeri sendiri. Maklumlah sewaktu di bangku sekolah menengah dan ketika mula-mula keluar universiti kemampuan untuk berjalan-jalan di negeri sendiri agak terbatas oleh kekangan kewangan dan ketiadaan kenderaan.Lagipun selepas dua tahun 'grade' saya menerima tawaran bekerja di tempat orang, jadi tempoh berada di negeri yang terindah itu terlalu singkat rasanya. Isteri pula telah berada di Negeri Penyu semenjak usia muda jambu lagi iatu dalam tingkatan 1.Bagaimanapun perasaan rindu kepada negeri sendiri ini hanya perasaan saya seorang kerana anak-anak rasanya lebih suka di sini.Mereka membesar dan ada yang lahir di sini.Loghatpun loghat Kuala Lumpur.Isteri pula hendak menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai kampong sendiri.Maksudnya apabila anak-anak nanti telah berkahwin dan sudah mempunyai anak maka rumah di Bandar Bangi itulah yang menjadi rumah untuk mereka pulang berkumpul sama ada semasa cuti perayaan ataupun pada bila-bila masa yang mereka suka.
Pun begitu saya tetap teringin untuk menetap di negeri kelahiran sendiri apabila pencen kelak. Hampir 30 tahun dahulu semasa belajar di Kota Kinabalu hanya sekali saya tidak pulang berhari raya di kampong kerana terlalu obsessed dengan peperiksaan SPM yang akan diadakan selepas Hari Raya. Saya tinggal seorang di rumah.Pada waktu itu saya menetap dengan kakak. Tahun-tahun lain saya tidak pernah 'missed' beraya di kampong.Kampong saya tidaklah jauh benar,hanya 48 kilometer dari Kota Kinabalu tetapi kerana pada masa itu jalanraya melalui bukit gunong maka perjalanan yang berliku-liku akan mengambil masa lebih 2 jam.Sekarang telah ada jalan baru yang bagus dan perjalanan hanya sejam atau lebih sahaja. Apabila berkeluarga dan menetap di tempat orang boleh dikatakan pada tiap-tiap tahun kami akan pulang ke kampong.Bab inilah yang agak menarik kerana masing-masing tidak beralah.Kampong mana yang hendak didahulukan.Saya sudah tentu mahu pulang ke kampong saya sendiri. Isteri pula dalam diam-diam 'prefer' kampong sendiri.Biasanya masalah ini dapat diselesaikan kerana isteri saya terlalu matang dan sporting.Tambahan pula dia ni disukai dan diterima oleh keluarga saya.Dia tidak kekok dan merasa seronok pula.
Pada tahun ini,kami sekeluarga bercadang untuk pulang ke kampong.Dari awal kami telah bersetuju untuk balik ke kampong saya dahulu kerana biasanya adik-beradik saya berada di kampong pada hari raya pertama dan kedua sahaja.Selepas itu mereka akan pergi ke rumah mentua masing-masing pula.Adik beradik isteri pula tinggal berdekatan dan tidak adalah masalah untuk tidak dapat berjumpa dan bermaaf-maafan.Sebenarnya sudah tiga tahun kami tidak pulang beraya ke kampong.Selepas menjadi yatim piatu ini perasaan berkobar-kobar untuk balik berhari raya ini agak berkurangan.Saya ada bertanya kawan-kawan.Mereka kata ini perkara biasa. Moga kepulangan kali ini dapat mengembalikan nostalgia lama,dapat bertemu dengan saudara-mara yang hampir tidak dicam wajah mereka.Anak-anak saudara yang dulu masih merangkak dan menginsut kini telahpun punyai anak.Dan yang paling penting dapat menziarahi kubur arwah emak,arwah bapa dan arwah bapa mertua.
No comments:
Post a Comment