Saya tidak pasti berapa jumlah orang berketurunan Irranun di Sabah sekarang.Saya agak sekitar 50000 atau lebih.Saya kata mungkin lebih kerana ramai orang Irranun yang berkahwin campur dan anak-anak tidak lagi bertutur dalam bahasa Irranun dan ada yang meletakkan bangsa Melayu dalam surat beranak anak mereka.Ada juga yang meletakkan keturunan buniputera Sabah sahaja. Saya menganggap mereka yang berkahwin campur ini tetap berbangsa Irranun dan anak-anak mereka tetap Irranun berdasarkan semangat Keirranunan yang amat kuat.Ini mungkin kerana berdasarkan 'past glory' yang sangat dibanggakan oleh orang Irranun.Walaubagaimanapun biasanya apabila sesuatu bangsa itu hanya dalam jumlah yang sedikit tambahan pula tahap ekonomi dan pelajaran yang kurang memberangsangkan maka ianya mudah terikut-ikut dengan bangsa yang lebih dominan.Ini memang biasa berlaku.Di Semenanjung Malaysia misalnya orang-orang Jawa, Bugis, Kampar,Mendailing,Rawa telah mengamilasikan diri mereka dengan Bangsa Melayu yang lebih dominan dan berkuasa.Ini mungkin berdasarkan tafsiran dalam Perlembagaan yang menghuraikan takrifan Melayu itu.
Oleh kerana jumlah yang sedikit maka dari segi politik,orang Irranun bukanlah 'political force' yang mempunyai peranan yang besar.Pada saya orang Irranun kalaupun ada yang berjaya sampai ke peringkat menteri tetap juga hanya menjadi 'follower' kepada bangsa yang lebih kuat.Mereka tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat sesuatu yang mendatangkan impak besar kepada bangsanya.Saya rasa di Kota Belud sendiri tidak ada perkara besar yang dapat dibawa oleh ahli-ahli politik ini yang telah mendatangkan faedah kepada orang Irranun.
Bukanlah saya bermaksud supaya orang Irranun meminggirkan bidang politik.Kalau hendak bergiat dalam politik,bergiatlah tetapi bawalah sesuatu perkara yang memberi faedah kepada masyarakat Irranun.Apa yang saya ingin tekankan ialah orang Irranun hendaklah melihat kepada bidang PELAJARAN sebagai pemangkin kepada kemajuan bangsa. Ahli-ahli politik Irranun tidak kira fahaman manapun dan juga orang-orang Irranun yang menganggap diri mereka terpelajar hendaklah berganding tenaga mencari idea bagaimana memajukan bidang ini.Usah diungkit perkara lalu.Bermulalah dari sekarang.Walaupun saya berada agak jauh tetapi saya dapat melihat perkara ini dengan lebih jelas.Salah satu wadah kepada percambahan idea ini ialah mengadakan satu seminar mengenai sejarah orang Irranun. Ianya boleh dijayakan dengan kerjsama Jabatan Sejarah UMS.Kenapa pula seminar?. Apa relevannya dengan kemajuan pelajaran anak-anak Irranun? Pada saya seminar ini merupakan pencetus semangat dan 'esprit de core' kepada langkah-langkah seterusnya hasil daripada resolusi seminar ini. Demikianlah.......kita buat dulu.Saya boleh menjadi urusetia seminar.
No comments:
Post a Comment