Ketika saya 'grade' daripada UM dalam tahun 1987 keadaan ekonomi negara sedang gawat.Ramai siswazah menganggur.Yang bernasib baik telah diambil untuk bekerja di bawah SKS atau Skim Khas Siswazah dimana mereka ini akan ditempatkan di jabatan-jabatan kerajaan dengan menjalankan kerja setaraf kerani atau lulusan SPM.Saya tidak terlibat dalam skim ini tetapi saya, kerana pernah bekerja pada tahun 1984 dengan Jabatan Kerja Raya di Kota Kinabalu dan mendapat taraf 'Probation', maka apabila saya kembali ke Sabah; saya telah ditempatkan semula sebagai kerani di Jabatan Bendahari Negeri dan selepas itu saya ditukar ke Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan,juga sebagai kerani.Saya masih ingat pada ketika itu jabatan selalu menerima kedatangan Mokhtar Radin yang sekarang ini YB yang agak kecoh.Saya tidak tahu tujuan sebenar beliau datang tetapi kerana dia terus berjumpa dengan Tuan Pengarah Encik Shah Hime Nazir, maka saya agak tentulah berkaitan dengan belia. Juga mungkin beliau adalah salah seorang kontraktor kelas F yang datang melobi kerja-kerja kontrak atau pinjaman belia.
Pada hujung tahun 1989,ketika mana anak sudah bertambah jadi dua, namun kerja yang setaraf dengan kelayakan belum juga dapat-dapat, tiba-tiba saya mendapat tawaran kerja sebagai Pegawai Kumpulan A di salah sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur .Bukan tujuan saya untuk mencerita jerih payah ketika mula-mula berada dalam alam pekerjaan tetapi saya sekadar berkongsi pengalaman bekerja dan berada dalam suasana yang berbeza dan bergaul dengan masyarakat tempatan yang berbeza.
Pada tahun 1997 sehingga 2004, saya ditempatkan di Kuching,Sarawak. Nah! inilah yang saya maksudkan dengan 3S iatu Sabah,Semenanjung dan Sarawak. Di Sabah, masyarakatnya agak terbuka.Perkahwinan campur adalah lumrah.Saya boleh bergaul dengan bebas tanpa prejudice dengan kawan-kawan berbangsa Cina dan Kadazan sehingga sekarang. Di Semenanjung, masyarakatnya agak tertutup dan cerewet dan kadang-kadang bersikap feudal. Polarisasi agak ketara.Mungkin ini ada kaitan dengan pengalaman sejarah. Walaubagaimanapun untuk menjadi seorang yang memahami dan beriman dengan agamanya maka di Semenanjunglah tempatnya berbanding dengan Sabah dan Sarawak yang kadang-kadang liberal. Ini mungkin berpunca daripada ketiadaan sistem pengajian Islam yang teratur. Di Semenanjung, Ustaz dan surau begitu banyak tinggal lagi rajin atau malas.Di Sarawak pula, keadaan hampir sama dengan Sabah tetapi sedikit berbeza dari segi komposisi kaum di mana kaum China agak dominan baik dari sudut ekonomi mahupun 'lagak' mereka. Ini juga berkaitan dengan faktor sejarah. Pengalaman di rantau orang selama lebih dua puloh tahun banyak memberi pengalaman dan pengetahuan. saya tahu baik buruknya.Saya memahami perangai masyarakatnya. Saya tahu kelemahan dan kelebihan masing-masing.Pencen nanti InsyaAllah saya akan kembali ke Sabah. Negeri tercantik dan terindah.Masyarakat toleran dan mesra.
No comments:
Post a Comment