Seorang bekas pemimpin nombor satu negara seperti yang disiarkan dalam akhbar NST telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan tatkala berucap di hadapan mahasiswa USM. Beliau berkata bahawa tidak perlulah semua orang belajar ilmu agama(Islam) secara mendalam kerana kalau semua orang punya pengetahuan Islam setaraf ulama maka akan berlaku banyak perpecahan di kalangan orang Islam seperti yang berlaku antara Sunni dan Syiah.Sebaliknya beliau menyarankan supaya orang Islam mendalami cabang ilmu lain seperti sains dan teknologi. Memang benar seseorang yang belajar secara mendalam ilmu agama tidak semestinya menjadikannya orang yang beriman kerana para orientalis seperti Snouck Hagrounje di Indonesia juga pakar dalam agama Islam.Begitu juga para pensyarah teologi agama di universiti di barat yang punya ilmu agama yang begitu mendalam tetapi mereka masih belum beriman dengan Islam. Tetapi mendalami agama dan beriman kepadanya adalah wajib kepada semua umat Islam. Tidak mungkin berlaku perpecahan dan kemunduran sekiranya semua orang Islam berilmu dan beriman serta beramal. Apa yang berlaku sekarang bukan kerana orang Islam mendalami agama mereka tetapi disebabkan oleh faktor lain yang berpunca darpada manusia yang enggan dan degil yang berlagak punya ilmu agama yang tinggi melalui pembacaan dan ilmu lojik mereka sedangkan apa mereka ada hanyalah ilmu yang caca merba.
Tokoh terbilang ini berkata benar apabila menyeru orang Islam mendalami ilmu fardu kifayah kerana ini juga sebenarnya tuntutan agama. Ini semua orang tahu. Beliau hanya mengulanginya.
Saya teringat statement yang beliau buat ketika berucap d Papar, Sabah di hadapan hadirin yang juga termasuk orang bukan Islam apabila mengatakan apabila Hukum Hudud dilaksanakan maka ramailah orang Islam yang menjadi cacat kerana tangan telah dipotong. Sebab itu bagi saya apabila beliau bercakap tentang Islam saya ibaratkan hanya sebagai air mengalir lalu..
No comments:
Post a Comment