Alhamdulillah kami selamat tiba di KKIA pada jam 1.30 tengah hari 10 Sept 2010 iaitu pada hari pertama Hari Raya. Abang telahpun menunggu dan seterusnya'hand over' sebuah kereta Avanza untuk kami gunakan semasa berada di Sabah.Kami terus menuju ke Kota Belud. Jalan Raya agak sibok kerana maklumlah orang ramai dalam 'mood' berhari raya. Kami tiba di Kota Belud kira-kira jam lima petang. Malam itu rehat dan tidor awal.Cuaca malam memang dingin dan nyaman mungkin kerana jaraknya yang tidak lebih 100 KM dengan Gunung Kinabalu. Setidak-tidaknya udara dingin dari gunung turun lantas menyejukkan malam di persekitarannya. Pada keesokan harinya kami bertandang ke rumah sudara mara dan tidak lupa menziarahi makam arwah ibu dan ayah.
Dua hari di Kota Belud, kami bertolak pula ke kampong si isteri di Sipitang kira-kira 3 jam perjalanan. 3 hari di Kampong Buang Sayang benar-benar menyeronokkan isteri dan anak-anak.Saya biasalah, menonton TV dan membaca Daily Express,Borneo Bulletin dan Sabah Times just to kill the time. Surat khabar di Sabah berani dan terus terang.Surat pembaca yang kelihatannya agak 'daring' disiarkan untuk menghidupkan ruang kebebasan dan demokrasi. Hal ini tidak berlaku di tempat lain di negara ini. Sehari sebelum kembali ke 'Malaya' kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menginap di Kinabalu Daya Hotel. Dulunya kawasan hotel ini adalah 'redlights area' tetapi sekarang telah berubah dan hotel telahpun di 'upgrade'. Memang selesa dan selamat. Petang itu ketika bosan menunggu di hotel kerana isteri dan anak-anak pergi ke Pasar Filipina, saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di kedai-kedai lama di sekitar hotel. Saya memasuki sebuah kedai buku. Kedai buku ini menjual pelbagai jenis buku terutama buku-buku import. Saya teringat cerita mengenai seorang kawan yang 'bussiness' buku lantas saya bertanya kepada gadis kaunter ' this shop belong to Elvis and Terrence'. Jawapannya 'yes'.Mereka adalah rakan kongsi dan saya meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Terrence kerana Elvis berada di lokasi lain. Setelah dimaklumkan oleh kakitangan bertugas, beliau keluar dan terkejut melihat saya kerana telah 27 tahun tidak berjumpa.Terrence Wong masih seperti dulu, kurus dan tinggi maklumlah adik beradik kepada bekas pemain bolasepak kebangsaan, James Wong.Saya tidak berjumpa dengan Terrence selepas kami sama-sama menamatkan persekolahan Tingkatan Enam di SMJK La Salle, Kota Kinabalu pada tahun 1983. Kami berbual panjang di sebuah kedai kopi berhampiran.Benjamin Mu, juga bekas rakan sekelas dan sepasukan (bolasepak) menyertai kami.
Malamnya saya ke Kobe Sizzler di Warisan Square yang jaraknya tidak sampai 3KM dari hotel. Saya bertemu dengan kawan-kawan sekelas 'Form Six 1982/83 Reunion'. Dymphna,Caroline,Valerian,Anthony Mojitoh,Lourdes Mary Batin,Muh Riza Ghazali, Yong Teck Chong,Brenda Wong dan Roy Read adalah antara yang hadir. Masing-masing bernostalgia. Memori silam dikenang semula. Kamilah antara 'batch' di seluruh negara yang terpaksa 're sit' STPM kerana soalan bocor di Semenanjung.Kami menjadi mangsa kerana perbuatan orang lain. Akibatnya 'result' kami merosot kerana mood telah hilang. Rancangan pendakian Gunong Kinabalu terpaksa dibatalkan.Walaubagaimana saya menganggap 'batch' kami berjaya- ada yang menjadi pegawai bank, Lawyer, IT Manager, Akauntan dan sebagainya.
Ahhhh memang seronok kerana berpeluang berhari raya, bertemu dengan kaum keluarga, kawan-kawan tetapi menjadi sifat saya untuk melihat juga kepada perkara yang negatif dan tidak menyeronokkan. Jalan raya di Sabah masih lagi tidak 'up to the standard'. Negeri yang dahulu kaya raya sehingga kini hanya mempunyai rangkaian jalanraya yang bukan sahaja sempit tetapi berlubang-lubang dan tidak rata.Tentunya memandu di jalanraya seperti ini berbahaya dan tidak selesa. Kenderaan memang banyak apatah lagi pada masa sekarang kereta dari Brunei sentiasa keluar masuk. Begitu juga kereta.lori dan bas dari Sarawak. Jadi, sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin Sabah yang budiman melihat kedhaifan ini dengan lebih serius bukannya sibok dengan retorik perkauman dan politik sempit semata-mata.
Diakui pembangunan fizikal di Kota Kinabalu memang pesat dan pantas. 1Borneo adalah gedung membeli belah yang boleh dianggap sebagai antara yang terbesar di negara ini. Namun pada saya ianya dibina di tengah-tengah kemiskinan kerana di kawasan sekitar adalah rumah-rumah kampong yang usang.Pemandangan ini tidak ubah seperti di Jakarta dan Manila.Jangan nanti gedung-gedung ini hanya mampu dikunjungi oleh golongan dan kelas tertentu sahaja manakala orang biasa hanya menjadi tukang sapu dan tukang jaga.
Pada saya, Sabah adalah negeri terindah dan tercantik di Malaysia. Gunung,pantai,laut, sungai,hutan,pulau, batu karang,hidupan laut dan masyarakat yang berbagai bangsa dan budaya menjadikan Sabah unik dan sungguh menarik.Sahabat baik saya dari Pulau Pinang pernah bergurau dengan saya, katanya 'saya tidak jealous bila kau pergi Eropah tapi saya jealous bila kau balik Sabah'. Kota Kinabalu pula adalah bandar yang tercantik di Asia Tenggara sekurang-kurangnya dari segi lokasi. Bandar ini berdepan dengan Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Alangkah indahnya Kota Kinabalu sekiranya sebuah jambatan dibina menghubungkan bandar ini dengan Pulau Gaya.Jaraknya hanya lebih kurang 3KM sahaja. Lebih indah lagi apabila kelak dapat dibina hotel-hotel lima bintang di Pulau Gaya yang sudah pasti boleh menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.Namun ini hanya angan-angan sahaja.Ekonomi Sabah belum mampu berbuat demikian.Tumpuan harus diberi kepada pembangunan luar bandar. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah membersihkan persekitaran Kota Kinabalu terutama di kawasan 'Water Front'yang 'dikotori' oleh spesies luar.Kota Kinabalu yang sepatutnya indah kadang-kadang kelihatan seperti Manila dan Davao City. Tidak kemas,kotor dan berdebu.
sy sokong pandangan tuan.pulau gaya patut dibgnkan...sy pernah sampai p.gaya...melihat kesan serangan pahlawan mat salleh ke atas inggeris di sana...boleh bgnkan hotel5 bintang...bagi nama mat salleh hotel... he he nanti org putih ingat hotel tu untuk mereka mat-mat salleh dari seluruh dunia...cuma jgn bagi depa mandi dan berjemur tanpa kain sudahlah!
ReplyDeleteTerima kasih tuan atas komen yg membina. Sukar nak laksanakan tuan bukan sahaja faktor kos dan priority tetapi 'alien' yg membiak setiap hari...
ReplyDelete