Ketika saya berada di Sekolah Menengah sekitar tahun 70an terdapat bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang menjadi kegemaran saya. Saya sanggup mengikat perut untuk mengumpul wang belanja sekolah semata-mata untuk membeli bahan bacaan yang saya gemari.Antara majalah dan surat khabar yang menjadi pilihan saya ialah Sarina,Dewan Masyarakat,Akhbar Watan dan Dunia Sukan.Isi kandungan Sarina pada masa itu padat dengan topik-topik menarik,bermanfaat,berani dan demokratik. Dunia Sukan pula penuh dengan informasi bukan sahaja berita tentang jaguh-jaguh sukan tanah air bahkan juga jaguh-jaguh sukan dari serata dunia.
.
Majalah Sarina begitu berani menyiarkan berita-berita mengenai 'orang lain' tanpa ada unsur-unsur memburuk-burukkan orang itu.Berita mengenai Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang ditahan di Penjara Kamunting menjadi titik tolak kepada 'perkenalan' saya dengan manusia bernama Anwar.Boleh dikatakan beliau menjadi pujaan saya kerana keberanian beliau menyatakan mengenai perubahan dan melaksanakan perubahan itu. .Islamic Revivalisme ketika itu ditunjangi oleh beberapa tokoh dan gerakan dan antara yang paling popular ialah Anwar. Pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam adalah salah satu perubahan yang boleh dianggap sebagai revolusi baru dalam cara berpakaian masyarakat Islam. Bayangkan pada masa itu pelajar-pelajar hatta aliran agamapun masih menggunakan skaf sekerat.
Saya berpendapat bahawa pada ketika itu, majalah-majalah di negara ini tidak mempunyai 'culture of fear' yang keterlaluan.Agaknya pada masa itu disebabkan Akta Mesin Cetak belum diperkenalkan lagi.Para editor begitu berani memberi pendapat,mengkritik dan memuji.Antara editor yang saya masih ingat ialah Sulaiman Masri dalam Majalah Dewan Masyarakat,Mohd Nor Azam, Adam Kadir dan Subky Latiff dari akhbar Watan. Pada saya, bahan-bahan bacaan seperti inilah yang membawa manfaat kepada masyarakat untuk mendapat informasi yang tulen,tidak ditapis secara keterlaluan dan seterusnya membawa pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat khususnya orang-orang Melayu/Bumiputera.
Pada masa sekarang menjadi ibarat langit dengan bumi.Saya malas untuk mengulas kerana semua orang tahu kecuali yang bebal dan malas berfikir kerana kurang membaca. Apa yang dipaparkan sekarang adalah cerita-cerita mistik,hantu,cerita memuji dan memuja.Pemikiran masyarakat cuba dibentuk mengikut acuan yang salah dan tersasar.Manusia yang lahir adalah manusia yang 'robot', tidak kritis dan mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh pihak tertentu.Nasib baik Amerika mencipta Komputer dan internet....i rest my case.
No comments:
Post a Comment