Petang tadi saya ternanti-nanti juga apakah berita baik yang dijanjikan kepada warga pendidik.Sedikit sebanyak hal ini mendapat perhatian saya kerana isteri saya adalah seorang pendidik siswazah yang telah menaburkan tenaga dan bakti dalam bidang yang diminatinya selama 23 tahun tetapi masih di tangga DG44.Beliau telah dua kali mendapat anjakan gaji kerana kecemerlangan dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Malangnya atas alasan bilangan guru yang terlalu ramai maka peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji adalah terhad berbanding dengan bidang pekerjaan lain seperti PTD.Bandingannya ialah kalau guru yang mengajar selama 23 tahun berada di tahap DG44, PTD dalam jangka masa yang sama mungkin sudah berada pada kategori JUSA C atau B dan mungkin sudah bergelar Dato'.
Petang tadi untuk kesekian kalinya beberapa janji telah ditaburkan dan rata-ratanya dari segi peluang kenaikan pangkat dan sudah pasti melibatkan perjawatan baru.Bagaimana pula guru lain yang majoritinya tidak berpeluang memegang jawatan kerana sudah pasti bilangan jawatan adalah terhad.Paling banyakpun 5% daripada jumlah guru yang ada di sesebuah sekolah.Sepatutnya pihak berwajib mengkaji semula tempoh sesorang guru berada di sesuatu tahap seperti DG44 ke DG 48(KUP) yang terpaksa menunggu selama 10 tahun. Perkara ini perlulah dilihat semula dan pendekkanlah dan tetapkanlah tempoh tersebut kepada 5 tahun atau 6 tahun sahaja misalnya.Satu lagi sepatutnya gaji diselaraskan.Misalnya kenaikan sebanyak RM500 sepatutnya dipertimbangkan selaras dengan kenaikan harga barang dan pengorbanan guru selama ini.Janganlah bercakap bahawa faktor kewangan tidak harus menjadi keutamaan kerana mereka yang berkata demikian adalah manusia hipokrit ataupun berada dalam kedudukan selesa dengan adanya elaun keraian serta pelabagai kemudahan lain lantas keselesaan ini menjadikan mereka gagal menyelami masalah orang lain.Sekali lagi banyak manapun janji yang ditaburkan, yang penting adalah pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment