Sunday, May 15, 2011
Terlalu banyak isu yang memualkan
Telah lama saya tidak menulis malah passwordpun dah lupa, nasib baik saya mendapat bantuan anak perempuan saya yang kebetulan berada di rumah kerana cuti semester untuk retrieve semula password tersebut.Saya tidak menulis bukan kerana tidak ada isu malah saya berani kata bahawa isu yang ada banyak berguni-guni.Yang menjadikan saya tidak menulis ialah kerana dalam berguni-guni isu yang ada terlalu banyak yang memualkan,diada-adakan untuk memalu dan memusnahkan orang lain, isu di manipulasikan untuk mengalihkan perhatian.Saya berpendapat negara sekecil kita lebih banyak isu daripada negara sebesar Russia.Saya jemu,marah,mual,rasa nak muntah dengan hidangan isu yang putarkan hari-hari untuk menimbulkan 'kepercayaan' kepada public at large.Sudahlah.Kita mahu melihat negara kita maju dan makmur.Suburkan demokrasi dengan hujah lawan hujah,politik lawan politik bukan mencipta pelbagai pembohongan yang tak masuk akal.Negara aman akan beroleh kemakmuran dan keberkatan.
Naik pangkat, berebut naik pangkat
Semenjak dua menjak ini, isu kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai di kantor tersohor ini kembali menjadi perbualan. Pemergian ke alam baqa seorang pegawai senior secara tiba-tiba baru-baru ini menimbulkan kerancakan desas desus ini.Apatah lagi dalam tahun ini saja beberapa orang otai akan meninggalkan jabatan ini kerana telah sampai ke saat persaraan.Tidak kurang 5 orang akan berpencen.Jadi sudah pasti Gred 52 dan 54 akan banyak yang vacant.Seorang sahabat pernah berkata ' tak perlu berebut,banyak!'.Maksudnya bagi mereka yang layak tak perlulah nak berebut-rebut bagai monyet berebut pisang yang dibaling oleh sang parawisata kerana kekosongan yang ada dapat menampung mereka yang layak.Tapi biasalah perangai manusia,nafsu diri sentiasa wujud dalam diri.Banyak bisik-bisik kedengaran mengenai siapa yang akan naik dan yang patut naik. Selain kekananan, markah prestasi juga memainkan peranan besar selain faktor politik dan sedikit favouritisme.
Pada diri ini, giliran dan rezeki akan tiba jua,InsyaAllah.Sekarang ini biarlah yang patut naik dari dulu diberi keutamaan lagipun mereka juga menunjukkan prestasi yang baik serta telah bekerja keras untuk jabatan selama ini.Tetapi kalau tiba giliran nanti jangan ada permainan politik kerana ini pantang datuk nenek.Saya akan tentang sehingga hak saya yang sepatutnya dihormati.
Oh ya baru-baru ini saya bertemu dan berbual dengan TKP semasa sama-sama hadir dalam majlis rasmi.Dari segi ilmu beliau ini biasa-biasa saja tetapi personaliti yng tenang,sabar dan mempunyai keyakinan tinggi serta penguasaan bahasa Inggeris yang 'boleh tahan' menjadikan beliau mengatasi pesaingnya.Beliau juga disukai oleh kakitangan sokongan.Namun, saya bimbang juga bagaimana beliau memimpin sebuah organisasi yang ada kalanya agak 'volatile' kerana 'leadership quality' yang belum teruji. Namun, sebagai ketua yang dilantik,selagi beliau berlaku adil dan berpegang kepada amanah yang diberikan maka saya akan memberi sokongan tak berbelah bagi. Dalam perbualan itu, saya sempat juga melontarkan idea kepada beliau supaya memberi keadilan kepada semua dan saya tegaskan juga bahawa 'bahasa Inggeris' is paramount in our bussiness....Pegawai yang lemah dalam bahasa ini hendaklah dihantar seorangan ke negara luar atas nama attachment...
Pada diri ini, giliran dan rezeki akan tiba jua,InsyaAllah.Sekarang ini biarlah yang patut naik dari dulu diberi keutamaan lagipun mereka juga menunjukkan prestasi yang baik serta telah bekerja keras untuk jabatan selama ini.Tetapi kalau tiba giliran nanti jangan ada permainan politik kerana ini pantang datuk nenek.Saya akan tentang sehingga hak saya yang sepatutnya dihormati.
Oh ya baru-baru ini saya bertemu dan berbual dengan TKP semasa sama-sama hadir dalam majlis rasmi.Dari segi ilmu beliau ini biasa-biasa saja tetapi personaliti yng tenang,sabar dan mempunyai keyakinan tinggi serta penguasaan bahasa Inggeris yang 'boleh tahan' menjadikan beliau mengatasi pesaingnya.Beliau juga disukai oleh kakitangan sokongan.Namun, saya bimbang juga bagaimana beliau memimpin sebuah organisasi yang ada kalanya agak 'volatile' kerana 'leadership quality' yang belum teruji. Namun, sebagai ketua yang dilantik,selagi beliau berlaku adil dan berpegang kepada amanah yang diberikan maka saya akan memberi sokongan tak berbelah bagi. Dalam perbualan itu, saya sempat juga melontarkan idea kepada beliau supaya memberi keadilan kepada semua dan saya tegaskan juga bahawa 'bahasa Inggeris' is paramount in our bussiness....Pegawai yang lemah dalam bahasa ini hendaklah dihantar seorangan ke negara luar atas nama attachment...
Friday, October 29, 2010
Everything is Racist
Asyik-asyik percakapan menghala kepada nasib bangsa dan ketuanan bangsa.Asyik-asyik kalau pihak yang satu lagi tidak berlembut dgn perjuangan berasaskan fi sabilillah maka kononnya bangsa akan hancur musnah.Kononnya keadaan begitu berlaku kerana perbuatan pihak tertentu yang juga sebangsa dan seagama yang sanggup menjual maruah dan bersekongkol dengan pihak harbi.Asyik-asyik menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan dan perbuatan salah laku dan pengkhianatan selama ini. Rasanya kalau perjuangan fi sabilillah semua bangsa akan terbela sebaliknya kalau perjuangan berdasarkan nasionalisma sempit yang berdasarkan suku maka akan berlaku penindasan dan ketidakadilan kepada pihak lain. Sejarah menjadi hakim.
Oh ya khabarnya sejarah hendak diwajibkan.Tapi kalau hanya mengambil tafsiran sebelah pihak dan menafikan peranan pihak lain maka jawapannya...tak ke mana.
Friday, October 1, 2010
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Tempoh pentadbiran KP lama akan berakhir beberapa hari lagi selepas memegang tampuk pentadbiran selama 3 tahun. Jika tidak ada aral melintang seorang pegawai kanan wanita akan mengisi tempat yang ditinggalkan oleh bekas KP nanti.
Saya tidak mahu terbabit dalam polemik sama ada KP yang bakal bersara ini berjaya atau gagal selama memegang tampuk pentadbiran yang diamanahkan oleh YDA dan Kerajaan serta rakyat keseluruhannya. Saya hanyalah manusia kecil yang hanya berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun berbanding dengan beliau yang telah bersama-sama dengan jabatan ini pada ketika saya berada di bangku sekolah rendah lagi . Adalah lebih molek rasanya saya mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau yang selama ini tidak mengenal penat lelah untuk membawa jabatan ke arah kecemerlangan sesuai dengan hasrat kerajaan 'to transform' perkhidmatan awam menjadi lebih pantas dan cekap dalam suasana hari ini di mana rakyat sentiasa menuntut kecekapan,ketelusan dan kepantasan dalam sebarang tindakan. Istilah delivery system, speed,passion, just do it, teliti, jangka dan pasti sentiasa menjadi mantra beliau. Pada saya, beliau telah berjaya menjadikan jabatan dikenali ramai dan menempa beberapa kejayaan dari segi perancangan,program dan aktiviti dengan mendapat rating yang tinggi di kalangan stakeholder. Saya mendoakan beliau sentiasa sihat dan sejahtera dalam menempuh alam persaraan.
Kepada yang bakal mengambil alih, semua warga berharap kecemerlangan jabatan akan berterusan. Pentadbiran dan tindakan berasaskan kematangan pengurusan manusia dan keadilan hendaklah sentiasa menjadi pegangan. Dalam hal ini 'wisdom' boleh membantu mengwujudkan suasana kerja yang harmoni dan condusive. Sekiranya emosi dan sifat terburu-buru tidak dikawal sudah pasti akan membawa kepada suasana tegang dan konfrantasi yang akhirnya akan merugikan jabatan. Semua warga hendaklah mendapat layanan sama rata dan sikap label malabel perlu dielakkan.Meskipun mengurus sesebuah organisasi bukannya mudah tetapi dengan kerjasama, sokongan dan dokongan warga yang seronok dan selesa dan dihargai segala yang susah itu menjadi mudah. Lebih mudah lagi apabila semua yang dilakukan mendapat keredahaanNya.
Friday, September 24, 2010
Ayuh sahabat, teruslah menulis!
Sahabat saya merupakan seorang blogger yang bersemangat dan agak agresif tetapi terkawal. Tulisannya panjang-panjang dan mencakupi pelbagai topik dari politik,agama,budaya,sejarah,kritikan sosial dan sebagai pengamal poligami yang agak berjaya beliau sering tidak lupa menulis hal-hal berkaitan dengan perkahwinan, satu topik yang paling beliau gemari. Malah, kalau diberi ruang dan peluang saya tidak hairan beliau akhirnya akan melengkapkan sunah ini.
Banyak rakan sepejabat yang kadang-kadang keliru dengan personaliti sahabat saya ini. Ada yang meluat dan kadangkala menyampah terutamanya kaum ibu kerana sifat dan stylenya yang suka bercakap pelbagai topik dengan gayanya yang agak 'provocative' dan selalunya sukar di'digest' oleh mereka yang mendengarnya. Sahabat saya ini mempunyai latar belakang 'pencarian' yang agak panjang. Beliau kini berusia separuh abad. Dari penyokong UMNO yang tegar beliau beralih kepada pendekatan agama lalu berkelanalah beliau daripada Arqam, ABIM, Tarekat,PAS dan kini saya melihat beliau cuba menggabungkan elemen-elemen terbaik dalam pelbagai wadah tersebut untuk disesuaikan dengan imej dan tarbiah beliau yang tidak melupakan semangat Melayu yang agak kuat. Bab Melayu ini kami selalu berbeza pendapat kerana di negeri saya tidak ada kaum yang perlu diangkat sebagai 'supreme'. Semuanya sama selagi taat dan mencintai negeri yang didiami dan dalam masa yang sama meraikan kepelbagaian yang wujud serta saling hormat menghormati. Beliau juga sering membawa cerita-cerita 'kerabat' yang sealalunya saya hanya menjadi pendengar bosan dan mengantuk kerana dalam pengalaman sejarah moden hampir mustahil untuk mengembalikan sesuatu yang telah terlepas dalam tangan yang empunya hatta yang ada rekod dan dokumenpun gagal apatah lagi yang bersifat ilusi dan lagenda. Kaum Irranun dulu 'very powerfull' tetapi kini 'marginal' dan mustahil untuk mengembalikan 'past glory'.Begitu juga tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah yang pada hemat saya tidak akan berjaya 'in our life time'. Perjanjian 1909 kalau boleh dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah maka Kelantan akan menjadi negeri yang sama besar deengan Sabah dan Sarawak.
Sahabat saya ini merupakan 'ardent reader' yang mengkagumkan. Pengetahuan beliau cukup banyak. Selain seorang yang kritikal beliau juga seorang yang agak pintar berhujah. Beliau mempunyai kenalan dari kalangan yang mencintai ilmu agama, sejarah dan budaya yang ramai. Saya telah kenal beliau lebih 20 tahun dan pernah pula bertugas bersama-sama dalam satu bahagian satu ketika dulu. Saya menghormati beliau kerana kehidupan agama yang beliau amalkan Beliau berjaya membina keluarga bahagia dan anak-anak yang berjaya. Pada saya, hanya mereka yang tidak suka berbicara secara 'intelektual' dek keterbatasan pengetahuan disebabkan tidak pernah membaca selain Mastika, Utusan,URTV,Mangga dan cerita-cerita perbomohan yang melabelkan beliau dengan pelbagai gelaran seperti cakap tak serupa bikin, merapu dan sebagainya. Pada saya manusia seperti beliau hendaklah diletak ditempat yang betul. Memberi taklimat kepada tetamu dan orang ramai adalah kelebihan beliau.Begitu juga 'research' dan penulisan. Hanya baru-baru ini sahaja pihak-pihak tertentu menyedari kebolehan dan kelebihan susuk ini selepas isu tulisan dalam blog beliau yang agak menggemparkan pihak-pihak tertentu. Sebenarnya pada saya tidak ada benda yang menggemparkanpun kerana apa yang ditulis adalah perkara benar tetapi biasalah bagi orang-orang yang selama ini selesa dan seronok berada dalam kepompong perkauman, feudal dan egoistik sering bertindak balas dengan cara yang tidak intelektual. Ini ternasuklah kawan-kawan yang selama ini sering berlagak pandai dan mengaku 'dia' lah intelektual dan pakar walhal tidak ada satupun buku atau penulisan yang dihasilkan yang boleh dimanaafatkan oleh orang ramai.
Saya memang suka berbual dan bertukar-tukar pendapat dengan sahabat ini... kalau ada kesempatan berjumpa beliau dalam beberapa hari ini saya akan membawa beberapa isu yang ditimbulkan oleh Isabella Bird lewat bukunya 'The Golden Chersonese' yang merupakan himpunan pengalaman kembara beliau di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 19. Isu 'debt slavery' di Perak adalah tajuk yang menarik.Saya percaya sahabat saya ini belum membaca buku ini. Saya tidak pula berhajat untuk meminjamkan buku kesayangan saya ini nanti bukan kerana kedekut tetapi kerana banyak buku saya dahulu hilang begitu saja apabila diberi pinjam kepada teman-teman lain. Biasalah penyakit alpa dan lupa akan datang ketika usia menjangkau matang(tua).
p.s Buku 'The Story of Raja Bahrin' yang saya beli di Kuching sampai sekarang tidak dikembalikan...
Friday, September 17, 2010
Sabah-Yang Indah dan yang Jengkel
Alhamdulillah kami selamat tiba di KKIA pada jam 1.30 tengah hari 10 Sept 2010 iaitu pada hari pertama Hari Raya. Abang telahpun menunggu dan seterusnya'hand over' sebuah kereta Avanza untuk kami gunakan semasa berada di Sabah.Kami terus menuju ke Kota Belud. Jalan Raya agak sibok kerana maklumlah orang ramai dalam 'mood' berhari raya. Kami tiba di Kota Belud kira-kira jam lima petang. Malam itu rehat dan tidor awal.Cuaca malam memang dingin dan nyaman mungkin kerana jaraknya yang tidak lebih 100 KM dengan Gunung Kinabalu. Setidak-tidaknya udara dingin dari gunung turun lantas menyejukkan malam di persekitarannya. Pada keesokan harinya kami bertandang ke rumah sudara mara dan tidak lupa menziarahi makam arwah ibu dan ayah.
Dua hari di Kota Belud, kami bertolak pula ke kampong si isteri di Sipitang kira-kira 3 jam perjalanan. 3 hari di Kampong Buang Sayang benar-benar menyeronokkan isteri dan anak-anak.Saya biasalah, menonton TV dan membaca Daily Express,Borneo Bulletin dan Sabah Times just to kill the time. Surat khabar di Sabah berani dan terus terang.Surat pembaca yang kelihatannya agak 'daring' disiarkan untuk menghidupkan ruang kebebasan dan demokrasi. Hal ini tidak berlaku di tempat lain di negara ini. Sehari sebelum kembali ke 'Malaya' kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menginap di Kinabalu Daya Hotel. Dulunya kawasan hotel ini adalah 'redlights area' tetapi sekarang telah berubah dan hotel telahpun di 'upgrade'. Memang selesa dan selamat. Petang itu ketika bosan menunggu di hotel kerana isteri dan anak-anak pergi ke Pasar Filipina, saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di kedai-kedai lama di sekitar hotel. Saya memasuki sebuah kedai buku. Kedai buku ini menjual pelbagai jenis buku terutama buku-buku import. Saya teringat cerita mengenai seorang kawan yang 'bussiness' buku lantas saya bertanya kepada gadis kaunter ' this shop belong to Elvis and Terrence'. Jawapannya 'yes'.Mereka adalah rakan kongsi dan saya meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Terrence kerana Elvis berada di lokasi lain. Setelah dimaklumkan oleh kakitangan bertugas, beliau keluar dan terkejut melihat saya kerana telah 27 tahun tidak berjumpa.Terrence Wong masih seperti dulu, kurus dan tinggi maklumlah adik beradik kepada bekas pemain bolasepak kebangsaan, James Wong.Saya tidak berjumpa dengan Terrence selepas kami sama-sama menamatkan persekolahan Tingkatan Enam di SMJK La Salle, Kota Kinabalu pada tahun 1983. Kami berbual panjang di sebuah kedai kopi berhampiran.Benjamin Mu, juga bekas rakan sekelas dan sepasukan (bolasepak) menyertai kami.
Malamnya saya ke Kobe Sizzler di Warisan Square yang jaraknya tidak sampai 3KM dari hotel. Saya bertemu dengan kawan-kawan sekelas 'Form Six 1982/83 Reunion'. Dymphna,Caroline,Valerian,Anthony Mojitoh,Lourdes Mary Batin,Muh Riza Ghazali, Yong Teck Chong,Brenda Wong dan Roy Read adalah antara yang hadir. Masing-masing bernostalgia. Memori silam dikenang semula. Kamilah antara 'batch' di seluruh negara yang terpaksa 're sit' STPM kerana soalan bocor di Semenanjung.Kami menjadi mangsa kerana perbuatan orang lain. Akibatnya 'result' kami merosot kerana mood telah hilang. Rancangan pendakian Gunong Kinabalu terpaksa dibatalkan.Walaubagaimana saya menganggap 'batch' kami berjaya- ada yang menjadi pegawai bank, Lawyer, IT Manager, Akauntan dan sebagainya.
Ahhhh memang seronok kerana berpeluang berhari raya, bertemu dengan kaum keluarga, kawan-kawan tetapi menjadi sifat saya untuk melihat juga kepada perkara yang negatif dan tidak menyeronokkan. Jalan raya di Sabah masih lagi tidak 'up to the standard'. Negeri yang dahulu kaya raya sehingga kini hanya mempunyai rangkaian jalanraya yang bukan sahaja sempit tetapi berlubang-lubang dan tidak rata.Tentunya memandu di jalanraya seperti ini berbahaya dan tidak selesa. Kenderaan memang banyak apatah lagi pada masa sekarang kereta dari Brunei sentiasa keluar masuk. Begitu juga kereta.lori dan bas dari Sarawak. Jadi, sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin Sabah yang budiman melihat kedhaifan ini dengan lebih serius bukannya sibok dengan retorik perkauman dan politik sempit semata-mata.
Diakui pembangunan fizikal di Kota Kinabalu memang pesat dan pantas. 1Borneo adalah gedung membeli belah yang boleh dianggap sebagai antara yang terbesar di negara ini. Namun pada saya ianya dibina di tengah-tengah kemiskinan kerana di kawasan sekitar adalah rumah-rumah kampong yang usang.Pemandangan ini tidak ubah seperti di Jakarta dan Manila.Jangan nanti gedung-gedung ini hanya mampu dikunjungi oleh golongan dan kelas tertentu sahaja manakala orang biasa hanya menjadi tukang sapu dan tukang jaga.
Pada saya, Sabah adalah negeri terindah dan tercantik di Malaysia. Gunung,pantai,laut, sungai,hutan,pulau, batu karang,hidupan laut dan masyarakat yang berbagai bangsa dan budaya menjadikan Sabah unik dan sungguh menarik.Sahabat baik saya dari Pulau Pinang pernah bergurau dengan saya, katanya 'saya tidak jealous bila kau pergi Eropah tapi saya jealous bila kau balik Sabah'. Kota Kinabalu pula adalah bandar yang tercantik di Asia Tenggara sekurang-kurangnya dari segi lokasi. Bandar ini berdepan dengan Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Alangkah indahnya Kota Kinabalu sekiranya sebuah jambatan dibina menghubungkan bandar ini dengan Pulau Gaya.Jaraknya hanya lebih kurang 3KM sahaja. Lebih indah lagi apabila kelak dapat dibina hotel-hotel lima bintang di Pulau Gaya yang sudah pasti boleh menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.Namun ini hanya angan-angan sahaja.Ekonomi Sabah belum mampu berbuat demikian.Tumpuan harus diberi kepada pembangunan luar bandar. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah membersihkan persekitaran Kota Kinabalu terutama di kawasan 'Water Front'yang 'dikotori' oleh spesies luar.Kota Kinabalu yang sepatutnya indah kadang-kadang kelihatan seperti Manila dan Davao City. Tidak kemas,kotor dan berdebu.
Thursday, September 2, 2010
Sejarah Dan Arkib Ibarat Irama Dan Lagu
Kewujudan institusi Arkib bermula apabila ada kesedaran untuk memelihara bahan-bahan sejarah daripada musnah daripada akibat peperangan atau malapetaka alam. Bahan-bahan sejarah ini terdiri daripada pelbagai rekod pelbagai bentuk terutama manuskrip awal, catatan-catatan minit perjalanan pentadbiran sesebuah kerajaan dan juga pelbagai 'proceeding'. Rekod-rekod ini merupakan bahan rujukan mengenai kewujudan sesebuah kerajaan dan sekaligus menjadi bahan rujukan untuk 'survival of the goverment'. Kewujudan institusi arkib di Amerika Syarikat dimulakan hasil usaha pelbagai badan-badan atau persatuan sejarah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi terhadap pengumpulan,penyimpanan dan pemeliharaan bahan sejarah sebagai bukti kepada kewujudan tamadun bangsa.
Hakikat bahawa pada masa dahulu institusi arkib dianggotai oleh mereka yang terlatih dalam disiplin sejarah memang tidak dapat dinafikan.Walaubagaimanapun dari segi pentadbiran institusi arkib ramai juga tokoh-tokoh yang bukannya ahli sejarah yang telah memainkan peranan penting. Mereka ini terdiri daripada para pentadbir yang mempunyai kesedaran dan kecintaan yang amat tinggi terhadap kepentingan rekod dan arkib sebagai sumber sejarah negara. Kerja-kerja mengesan bahan, memperolehi bahan dan menjelaskan kepentingannya menjadi lebih mudah dan tepat apabila sesorang ahli arkib itu mempunyai pengetahuan sejarah. Disiplin ini melatih mereka membuat penyelidikan yang lebih tepat kerana kemampuan 'visualize' sesuatu peristiwa dengan peristiwa lain yang berlaku dalam pengalaman sejarah sesebuah negara. Mereka juga mampu mengaitkan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Contohnya kajian mengenai Batu Putih tidak akan lengkap sekiranya seseorang pengkaji itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian Inggeris Belanda 1824, Kesultanan Johor dan Riau dan juga kewujudan Singapura.
Dalam bidang penyelidikan di arkib terutamanya yang membabitkan khidmat nasihat kepada para penyelidik samaada tempatan mahupun penyelidik luar negara, seseorang ahli arkib itu bukan sahaja harus menguasai pengetahuan mendalam mengenai 'holdings' tetapi juga mesti mempunyai ilmu mengenai sejarah negara. Dengan adanya penguasaan dalam disiplin ini maka mereka mampu memberi khidmat nasihat yang lebih tepat mengenai bahan-bahan yang perlu dirujuk.
Dalam hal ini kepentingan dan sumbangan disiplin lain tidaklah dinafikan terutama dalam zaman IT yang memerlukan sesuatu maklumat itu diurus dengan penggunaaan disiplin terkini agar ianya mudah di 'akses' dan diurus dengan lebih teratur.Namun dari segi kerja-kerja pengesanan,pengumpulan dan perolehan sesuatu bahan tetap memerlukan ilmu dan disiplin sejarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)